Monday, December 8, 2008

Program Karnival Bubur As-Syura Peringkat Jajahan Pasir Puteh



Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh menyanjurkan program karnival bubur As-Syura peringkat Jajahan Pasir Puteh Dalam Program Karnival ini di sertai oleh Pelbagai Agensi Kerajaan, Badan Berkanun, pihak Swasta dan penduduk kampung. Program ini di adakan secara pertandingan untuk memilih bubur as-syura daripada agensi manakah yang paling sedap. PHJ Pasir Puteh pun turut serta dalam karnival ini.

Dalam Program Karnival ini sebanyak 52 kawah dapat di pertandingkan. Antara Orang Kenamaan yang hadir sama dalam karnival ini ialah YB DR Nik Mazian Bin Nik Mohammad EXCO Pertanian Dan Industri Desa, Ustad Saipul Bahri Penyelia DUN selising. Johan Pertandingan ini dimenangi Oleh Pasukan YB Ahli Parlimen Pasir Puteh Naib Johan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh manakala tempat ketiga di menangi oleh Pejabat JKR Jajahan Pasir Puteh .

0 comments: