Tuesday, December 16, 2008

APAKAH ITU ISA?


APAKAH ITU ISA?



ISA atau Internal Security Act (Akta keselamatan Dalam Negeri) ialah undang-undang yang membolehkan kerajaan menahan sesiapa saja tanpa perlu didakwa atau dibawa ke mahkamah.



* Gambar : Anak-anak tahanan I.S.A (2008)

ISA bersumberkan Undang-undang Darurat yang berkuatkuasa dari tahun 1948 – 1960 Apabila Darurat telah diisytiharkan tamat pada 30 Julai 1960 selepas 24 jam, pada 1 Ogos 1960, Undang-undang Darurat itu ditukar nama sebagai Internal Security Act(Akta keselamatan Dalam Negeri).ISA berpaksikan pada Peraturan 17 yang terkandung dalam Undang-undang Darurat 1948-1960.

ISA atau Akta keselamatan Dalam Negeri sepatutnya dimansuhkan sebaik saja darurat tamat, tetapi kerajaan telah mengekalkan nya kerana ia adalah senjata yang amat berguna untuk menangani pelbagai keadaan “darurat” terutama yang bersifat politik.

Ramai ustaz-ustaz dan aktivisi yang PRO kepada PAS, KEADILAN DAN DAP DITAHAN DI BAWAH AKTA I.S.A



http://www.webpanas.blogspot.com - web panas 2009

Monday, December 15, 2008

Polifiksyen Kerajaan Maya Rakyat

Polifiksyen Kerajaan Maya Rakyat

Friday, December 12, 2008

Pengajaran kekalahan dan kemenangan peperangan pada zaman Rasulullah saw.

Sejarah itu berulang. Antara hikmah diceritakan banyak kisah sejarah di dalam Al Quran ialah agar manusia sentiasa mengambil pelajaran dan pengajaran daripadanya dan ia adalah pendidikan yang amat perlu dititik beratkan oleh sesiapa saja.

Pastinya antara sejarah yang paling bernilai ialah sejarah Rasulullah saw kerana kita bukan sahaja harus mengetahuinya bahkan wajib pula mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Bagi memberi perangsang kepada tentera Allah ke KT nanti dengan rendah diri saya cuba nukilkan beberapa pengajaran daripada sirah Rasul saw. Badar al Kubro. Kemenangan yang diperolehi memberitahu kepada kita perancangan Allah secara jelas mengatasi perancangan manusia.

Rancangan Rasulullah saw ialah untuk menahan rombongan Abi Sufyan tapi ditukarkan oleh Allah taala dengan tentera abu jahal. Rancanglah dengan pelbagai perancangan tapi jangan lupa tawakkal kepada Allah taala. Pergantungan yang sungguh2 kepada Allah yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw hinggakan Abu Bakar berkata “cukuplah wahai Rasul, Allah telah memperkenankan doamu”.


Membawa pengajaran bahawa pengharapan kepada Allah mestilah tinggi. Keyakinan terhadap janji dan pertolongan Allah taala mestilah tidak berbelah bagi. Jangan ada yang berkata “nampak cam nak kalah je”. Jangan ada sekali2 perkataan kalah di hati tentera Allah. Peperangan Uhud dan Khandak Menang dalam peperangan Khandak dan menang pada peringkat pertama dalam peperangan Uhud kerana kebijaksanaan strategi. Ia berjaya menghancurkan barisan musuh. Ini amat penting kepada PAS bagi memikat hati pengundi. Gunalah pelbagai strategi dan Allah taala bersama kamu.


Kalah di peringkat kedua dalam peperangan Uhud kerana ada di kalangan sahabat yang tidak patuh arahan pimpinan. Malah ada yang lebih teruk lagi berlaku dalam PAS, bukan sahaja tidak patuh pada pimpinan malah ada yang sampai keperingkat memaki hamun sedangkan orang2 yang beriman bukannya seorang pemaki. Peperangan Tabuk.


Kesusahan di kala ini betul2 menguji siapakah yang betul janjinya kepada Allah taala dan siapa yang munafiq. Akan adakah orang yang seperti Abu Bakar yang memberi semua hartanya atau Umar yang memberi sebahagian besar hartanya atau Uthman dan lain-lain sahabat ra di kalangan kita? Pembukaan Mekah Orang kampung Rasulullah saw sendiri tidak menerima Baginda saw walaupun penduduk Quraisy adalah kaum kerabatnya belaka.


Maka tidak pelik kalau orang Kuala Terengganu tidak memilih Mat Sabu kerana itulah fitrah perjuangan. Mereka yang dibutakan mata hatinya oleh Allah pasti akan mencari pelbagai alasan bagi menolak Islam walaupun hujahan mereka adalah bodoh2 belaka. Orang kampung Rasulullah saw menerima Islam setelah didatangi dan diancam oleh kekuatan tentera Rasulullah saw. Apakah orang KT akan menerima PAS setelah PAS mempunyai kekuatan yang menggerunkan?


Alangkah ruginya. Pasti pahala yang dikurniakan tidak akan sama antara orang yang berjuang semasa susah dan orang yang berjuang di masa senang. Oleh itu kepada para pejuang fi sabilillah bagi menguatkan jati diri perlulah anda sentiasa menghayati sejarah Rasulullah saw seterusnya akan membawa anda ke arah kehidupan yang lebih baik. Semoga coretan yang sikit ini dapat membawa guna yang banyak.


Wallahua'lam"

Monday, December 8, 2008

Kuliah Jumaat 12 September 2008 YB Dr Nik Mazian

Bahagian 1:




Bahagian 2:




Bahagian 3:




Bahagian 4:




Bahagian 5:

Program Karnival Bubur As-Syura Peringkat Jajahan Pasir Puteh



Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh menyanjurkan program karnival bubur As-Syura peringkat Jajahan Pasir Puteh Dalam Program Karnival ini di sertai oleh Pelbagai Agensi Kerajaan, Badan Berkanun, pihak Swasta dan penduduk kampung. Program ini di adakan secara pertandingan untuk memilih bubur as-syura daripada agensi manakah yang paling sedap. PHJ Pasir Puteh pun turut serta dalam karnival ini.

Dalam Program Karnival ini sebanyak 52 kawah dapat di pertandingkan. Antara Orang Kenamaan yang hadir sama dalam karnival ini ialah YB DR Nik Mazian Bin Nik Mohammad EXCO Pertanian Dan Industri Desa, Ustad Saipul Bahri Penyelia DUN selising. Johan Pertandingan ini dimenangi Oleh Pasukan YB Ahli Parlimen Pasir Puteh Naib Johan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh manakala tempat ketiga di menangi oleh Pejabat JKR Jajahan Pasir Puteh .

Sunday, December 7, 2008

Unit Ehsan Pulau Pinang , Syarikat CAB Cakaran Corporation Berhad , Blogger dan ADUN PAS Kelantan Bekerjasama dalam Misi Bantuan Banjir Kelantan.






Tumpat, 4 Desember 2008 - CAB Cakaran Corporation Berhad sebuah syarikat konglomerat ternama Malaysia yang tersenarai di papan utama indeks bursa saham kuala lumpur (CABC:KLSE) telah menderma sejumlah RM18,000.00 di dalam bentuk barang makanan kepada Kerajaan Negeri Kelantan khas untuk membantu membantu mangsa banjir di negeri Kelantan.
Logistik dibawa secara konvoi jarak jauh melalui Lebuh Raya Timur Barat dari Pulau Pinang ke Kelantan

Unit Ehsan Pulau Pinang sebuah badan di bawah Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang
turut serta sebagai tulang belakang misi kemanusiaan ini.

Delegasi Misi bantuan terdiri dari 4 orang sukarelawan Unit Ehsan, 2 orang exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia, 2 orang exco Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang dan 5 orang dari syarikat CAB Cakaran Corporation Berhad yang diketuai oleh Group Executive Director, Sdr. Victor Loo Choo Ghee.

Konvoi misi bantuan banjir tersebut sampai di Pasir Puteh, Kelantan pada pukul 10 malam dan menjadi jemputan khas ADUN Limbongan, Drs. Zainudin Awang Hamat yang juga merangkap Pengerusi Briged Kebajikan Negeri Kelantan di Pusat Khidmat ADUN, Wakaf Berangan, Pasir Puteh sebelum meneruskan perjalanan ke Pusat Khidmat ADUN Kelaboran, YB. Zaki Ibrahim di Bandar Tumpat, Tumpat, Kelantan.

Logistik tersebut diserahkan khas di bawah penyeliaaan ADUN Kelaboran, Tumpat, YB. Mohd Zaki Ibrahim untuk di edarkan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Turut membantu ialah Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Briged Kebajikan Perdana Negeri Kelantan, Pemuda PAS Kawasan Tumpat. BloggerNetwork@Kelantan, Unit Amal PAS.

Barang-barang bantuan adalah berbentuk kain selimut, beras, gula, minyak masak, daging nugget, daging burger dan sosej

Di antara blogger yang turut serta di dalam misi kemanusiaan ini adalah saudara Aloha2 a.k.a www.malaysiabiz-aloha.blogspot.com, Ijat Panjang – www.bloghijat.blogspot.com, Asrol dari BloggerNetwork@Kelantan – www.kelatekito.com dan Blogger Abang Raja di www.abangraja.blogspot.com
Laman web Unit Ehsan Pulau Pinang adalah di http://www.unit-ehsan-penang.blogspot.com/

Konvoi yang tediri dari 2 buah kereta dan 1 lori Unit Ehsan Pulau Pinang bersama wakil dari CAB Cakaran Corporation Berhad bertolak balik ke Pulau Pinang pada pukul 1.15 pagi, 5 Desember itu juga.