Friday, December 12, 2008

Pengajaran kekalahan dan kemenangan peperangan pada zaman Rasulullah saw.

Sejarah itu berulang. Antara hikmah diceritakan banyak kisah sejarah di dalam Al Quran ialah agar manusia sentiasa mengambil pelajaran dan pengajaran daripadanya dan ia adalah pendidikan yang amat perlu dititik beratkan oleh sesiapa saja.

Pastinya antara sejarah yang paling bernilai ialah sejarah Rasulullah saw kerana kita bukan sahaja harus mengetahuinya bahkan wajib pula mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Bagi memberi perangsang kepada tentera Allah ke KT nanti dengan rendah diri saya cuba nukilkan beberapa pengajaran daripada sirah Rasul saw. Badar al Kubro. Kemenangan yang diperolehi memberitahu kepada kita perancangan Allah secara jelas mengatasi perancangan manusia.

Rancangan Rasulullah saw ialah untuk menahan rombongan Abi Sufyan tapi ditukarkan oleh Allah taala dengan tentera abu jahal. Rancanglah dengan pelbagai perancangan tapi jangan lupa tawakkal kepada Allah taala. Pergantungan yang sungguh2 kepada Allah yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw hinggakan Abu Bakar berkata “cukuplah wahai Rasul, Allah telah memperkenankan doamu”.


Membawa pengajaran bahawa pengharapan kepada Allah mestilah tinggi. Keyakinan terhadap janji dan pertolongan Allah taala mestilah tidak berbelah bagi. Jangan ada yang berkata “nampak cam nak kalah je”. Jangan ada sekali2 perkataan kalah di hati tentera Allah. Peperangan Uhud dan Khandak Menang dalam peperangan Khandak dan menang pada peringkat pertama dalam peperangan Uhud kerana kebijaksanaan strategi. Ia berjaya menghancurkan barisan musuh. Ini amat penting kepada PAS bagi memikat hati pengundi. Gunalah pelbagai strategi dan Allah taala bersama kamu.


Kalah di peringkat kedua dalam peperangan Uhud kerana ada di kalangan sahabat yang tidak patuh arahan pimpinan. Malah ada yang lebih teruk lagi berlaku dalam PAS, bukan sahaja tidak patuh pada pimpinan malah ada yang sampai keperingkat memaki hamun sedangkan orang2 yang beriman bukannya seorang pemaki. Peperangan Tabuk.


Kesusahan di kala ini betul2 menguji siapakah yang betul janjinya kepada Allah taala dan siapa yang munafiq. Akan adakah orang yang seperti Abu Bakar yang memberi semua hartanya atau Umar yang memberi sebahagian besar hartanya atau Uthman dan lain-lain sahabat ra di kalangan kita? Pembukaan Mekah Orang kampung Rasulullah saw sendiri tidak menerima Baginda saw walaupun penduduk Quraisy adalah kaum kerabatnya belaka.


Maka tidak pelik kalau orang Kuala Terengganu tidak memilih Mat Sabu kerana itulah fitrah perjuangan. Mereka yang dibutakan mata hatinya oleh Allah pasti akan mencari pelbagai alasan bagi menolak Islam walaupun hujahan mereka adalah bodoh2 belaka. Orang kampung Rasulullah saw menerima Islam setelah didatangi dan diancam oleh kekuatan tentera Rasulullah saw. Apakah orang KT akan menerima PAS setelah PAS mempunyai kekuatan yang menggerunkan?


Alangkah ruginya. Pasti pahala yang dikurniakan tidak akan sama antara orang yang berjuang semasa susah dan orang yang berjuang di masa senang. Oleh itu kepada para pejuang fi sabilillah bagi menguatkan jati diri perlulah anda sentiasa menghayati sejarah Rasulullah saw seterusnya akan membawa anda ke arah kehidupan yang lebih baik. Semoga coretan yang sikit ini dapat membawa guna yang banyak.


Wallahua'lam"

0 comments: